bila tiada.. terasa ada.


Assalamualaikum..

kalau jarang update.. mcm ni la kan. besawang merata2 tempat. banyak bnde sebenarnya yang nak dkongsi kan.. tp x terungkap dengan kata2 yang panjang berjela. Mungkin da some word yg lebih natural datang dr fikiran aku sekarang. 


............................................

5 hari lagi, genap sebulan arwah ayah meninggalkan kami. x sedar kan. masa berlalu dengan cepat. Kesian bucu. x sempat nak berkongsi kegembiraan kejayaannya utk meneruskan pelajaran pas SPM dengan arwah ayah. kalau dulu.. setiap berita disambut dgn air mata kegembiran arwah. x kesah la psl apa..  

suatu ketika dulu, kalau dengar je kakak/abg nak balik kg.. linangan air mata kegembiraan n kerinduan membasahi pipi arwah. Kesian arwah.. lompat riang, riuh rendah cucu2  arwah menjadi penawar duka arwah... 

********************************************************


teringat masa mlm tu, kakak bgtaw.. ayah masuk hospital. tekanan darah mulai turun. Tambahan pula, ayah asma. anak mana yg x risau kan. lagi2 jauh menyeberang lautan. 

esok harinya, keadaan ayah belum stabil. hati x tenang. Semua bnde jadi x betul. risau... andai kata terjadi apa2 kt ayah. dengan pertolongan sahabat, ak boleh dptkan tiket kt airport utk balek jenguk ayah. 

tapi..

aku x sempat bercakap dgn ayah buat kali yg terakhir. sebaik shja boarding time, ak terima panggilan dr kakak.

kakak cakap.. " ayah dah xda"- Aku nak ckp ng ayah..- ayah xda.. 

Ya Allah, di mana kekuatan ak pada masa tu ya Allah. Terasa mcm ak nak menangis semahu-mahunya. Aku x sempat berada di sisi ayah semasa akhir hayatnya. ujian utk aku lagi pada ketika itu..Jam  bru menunjukkan pukul 1 tghari. Ya Allah, jauhnya perjalanan anak ini ..

buat kali kedua, ak menghubungi kembali kakak di kg. Ak nak ckp ng ayah. Ak nak ckp ng Ayah. kakak menenangkan ak.. kakak ckp.. ayah dah takda utk selamanya... kita dah xda ayahhhh..!! Ya Allah~

betapa lemahnya semangat ak pd ms tu!!

smpai di rumah sekitar selepas maghrib,  ak hanya dpt melihat jenazah ayah di ruang tamu.  ayah da ditutup dengan kain. Allah.. kami da berpisah dengan ayah drpd dunia ini.

keesokkan harinya, jenazah ayah selamat dikebumikan di sebelah kubur arwah mak. Apa yg kami dpt lakukan, doa yg x putus utk ayah dan mak di sana. 

-Al-Fatihah-

****************************************************


 beberapa hari sebelum tu aku eksited nak balek. nak balik mgundi la katakan. *al-maklum.. tiket sponsored. so.. amek la peluang blik kg. sambil menyelam minum air.. boleh la jumpa org2 yg di syg kt kg. ckp la kat ayah.. nnti ak g jumpa ayah.

masa koling ng ayah tu.. ayah salu tanya.. bila balek.  ayah sering bertanya soalan yg sama ms koling tu. biasala, org tua kan. takpa.. kita layankan. bila tanya, ayah sehat x.. ayah salu ckp.. dye sakit kaki. 

bg anak2 ayah, ayah adalah raja.  bg ap yg ayah nak. ayah nak tilam, abg belikan. ayah nak mkn tu.. kakak masakkan.. bila ayah request urut kaki, cucu dtg urutkan. Ya Allah.. rindunya pd ayah.

***************************************

mungkin ak x puas menjaga arwah. x sempat nak melayan arwah di hadapan mata sepenuh masa. x sempat nak berkongsi kejayaan dengan segulung ijazah.... hanya doa yg mengiringi ayah.

lebih kurang 4 tahun pemergian arwah mak, sudah tiba masanya, arwah ayah meninggalkan kami adik-beradik. 




Ya Allah, Ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sewaktu kecil. tempatkan mereka dlm klgn org yg beriman. 



. arwah ayah.



separuh drpd cucu-cucu ayah.


 utk arwah kedua ibu bapa kami..

~doa kami mengiringi  mereka~


^______________^

sekian.

1 comment:

penyumbang idea :)