Motivasi Santai Harian Part II #dr Fazley


salam semuaa..... jom santai2, sambungan entry yg sebelumnya utk PART II plak..


kadangkala, kita merasakan diri kita cantik/kacak apabila melihat cermin, namun ada orang yang akan buat kita tiba-tiba rasa hodoh. Abaikan! 

Jiwa kacau seringkali berpunca kerana kita memikirkan perkara yang remeh atau terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita. Pedulikan!

Apabila apa yang anda rancangkan kerap tak menjadi, itu tidak bermakna anda seorang "failure" tetapi anda cuma belum jumpa cara yang betul.

Amat mudah kita mentertawakan orang lain, namun kita marah bila ditertawakan. Maka ketawa hanya bila  ia tidak menyakiti orang lain.

Tiada salahnya jika impikan sesuatu yang luar biasa,namun ianya menjadi luar biasa jika tidak rasa bersalah kerana tiada impian. 

Hidup umpama putaran roda, yang ada di atas akan di bawah juga dan sebaliknya. Maka jangan mudah riak dan jangan kekal kecewa. Bersederhanalah. 

 ok, terima kasih.. 

to be continued :)

No comments:

Post a Comment

penyumbang idea :)