jadilah pendengar yg mendengar



salam semua...

Jadilah pendengar yang mendengar :)

Bukan semua orang dikurniakan nikmat untuk menjadi pendengar yang setia. Mungkin ada yang menjadi pendengar, tetapi bukan sentiasa.. ada yang menjadi pendengar, tetapi tengok masa. Ada juga yang menjadi pendengar, tetapi bukan untuk semua yg ada di sekelilingnya.. Insyaallah, entry kali ini, kami akan cuba memberi perkongsian tentang baiknya menjadi pendengar..

  1. 1. Membantu individu yg bermasalah tersebut berasa lebih yakin
  2. 2. Menjadikannya merasa dihargai
  3. 3. Mendidik hati kita sendiri utk menjadi seorang yg sabar
  4. 4. Mampu menilai perkara sama ada baik atau buruk
  5. 5. Mempersiapkan diri kita dgn pelbagai dugaan yg kita tidak pernah tahu. *mungkin belum pernah kita alami, tetapi dialami oleh sahabat kita itu sendiri.
  6. 6. Menjadikan fikiran lebih matang, berpandangan jauh serta berfikiran terbuka
  7. 7. Lebih mudah didekati
  8. 8. Mendidik sifat penyayang serta semangat kekitaan yg tinggi


Tak susah juga kalau kita nak jd pendengar yg setia.. Pelbagai cara boleh kita buat. Contohnya la kan..

  1. 1. Tumpukan perhatian yg sepenuhnya
  2. 2. Jangan sesekali memberi pandangan yg negatif.. cth la kan.. “A:aku ternampak kucing tadi. Kesian sangat aku tengok.. B: ala.. biar je la kucing tu, bukan ada kaitan dgn ngko pun”.
  3. 3. Bertanyakan soalan
  4. 4. Berikan sokongan kepadanya
  5. 5. Diam dan jangan berkata apa-apa. Dengar sahaja apa yg diperkatakan..


Oleh itu, utk kita didengar, kita hendaklah mendengar. Kadang-kadang manusia itu tidak berminat utk menjadi pendengar yg setia utk kita, tapi jgn risau.. sebab Allah SWT tetap ada utk mendengar segala isi hati kita..Insyaallah.


God is the best listener.. you don't need to shout or cry loud, because Allah hears even the silent prayer of a sincere heart”.

2 comments:

penyumbang idea :)