bed time story.flashback bout ur whole day :)

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut." 

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat. 


Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk. 


Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. 


Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya. 


Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur. 


Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya. 


Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w. 


Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. 


Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya. 


Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat. 


Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia. 


Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu. 


Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur. 


Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup. 


Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk. 

sahabat2. hidup bukan semata2 utk gembira kan. apa pun yg kita alami, kita ditegah sama sekali utk melupakan Pencipta kita yang Hakiki. 

sebelum tidur, muhasabah diri. Flashback apa yg kita buat hari ni. checklist, andai sifat mazmumah yg kita lakukan semalam, masih kita lakukan hari ni.. tu x leh. kita kena jauhkan ea? :)

kalau yg baik, kita teruskan. kalau yg kurang baik tu. tinggal jer la ea? 

*nasihat untuk diri saya yg selalu lupa* 

*______*

"SELAMAT MALAM"


10 comments:

  1. huhuhu...not only u..me too ;'(

    ReplyDelete
  2. knak jam blog kmk tok senget baa. knk pagi ya. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha....ya la, atur la rah setting nun. n atur terus boh engkah word verification ya....lelah nyawa taip :D hahaha

    ReplyDelete
  4. ha?? pa fizah? x faham? haha. buta it kit mek tok. haha

    ReplyDelete
  5. hahahaha...change setting time kitak nun jd ++6 kot asa mek, pasya.disable nya pun word verification nok k komen ya...mun ktk komen rah blog lain, xda word verification..nok ya ktk buang :D hehehe... <---x pande terang

    ReplyDelete
  6. tdo mek lok. HHAAHA. esok mek smbong baca. hahhahaa.

    ReplyDelete

penyumbang idea :)