MAGNET CINTA

' ada sebuah kotak yang dinamakan jodoh, ia tidak boleh dibukan melainkan dengan menggunakan sejenis kunci iaitu 'masa'

jika dilihat kisah percintaan remaja dan pasangan yang sedia ada, ternyata jodoh itu adalah sesuatu yang unik dan tidak bole diramal sama sekali.

terdapat seorang kawan lelaki yang bercinta dengan seorang gadis hampir tujuh tahu akhirnya berpisah dan berkahwin dengan kenalan adiknya yang baru dikenali hanya dalam tempoh dua minggu.

ada juga seorang lelaki yang katanya mahu berkahwin dengan orang luar negeri, namun akhirnya berkahwin dengan jirannya sendiri. 

itulah jodoh namanya.. tidak boleh diramal oleh sesiapa. bila waktunya, dan bagaimana pertemuan itu berlaku. Ia menjadi sesuatu yang tidak boleh dirancang. sememangnya ia di luar kawalan manusia.

berdasarkan hakikat itu, ini bermakna pencarian pasangan hidup itu bermula dengan proses membaiki diri dgn memasukkan aura dan cas mahmudah  ke dalam diri terlebih dahulu. Seharusnya, anda memastikan magnet cinta dalam jiwa memancarkan cas mahmudah dan nilai-nilai positif. bermula dari itu, ia akan menarik hati orang yang sejiwa dengannya. 






No comments:

Post a Comment

penyumbang idea :)