Showing posts with label mereka yg kusayang. Show all posts
Showing posts with label mereka yg kusayang. Show all posts

Aku sebagai pendidik

Salam, setelah lama membizikan diri dengan title pelajar Tahun Akhir di Ukm, ak cuba mula mencari pengalaman di luar. Ternyata, semua itu sangat mencabar. Mana tak nya, hidup dengan persekitaran baru, memulakan ukhuwah yang baru. Begitu lah hendaknya. Jom ..!

Nak dijadikan cerita, sedang syok2 online fesbuk.. nampak la status seorang kwn fb ni merangkap senior kat kolej. Status dia berbunyi mcm gini... " Sesiapa yg berminat untuk menjadi guru tadika, sila berhubung dengan kak****.. "

Terdetik di fikiran, " apa salahnya kalau ak cuba peluang ni, alang2 da nak habis exam kan. Ketika itu, study week. Ak contact la kakak yg dimaksudkan untuk bertanyakan ttg kerja guru tadika tu.

Wah, Alhamdulillah.. akak tu suruh ak dtg interview. Ak pun ada mengajak kawan2 ak yg lain utk interview skali. hrm.. cepat dan pantas. Dan bermula la pengalaman aku secara official mencari pekerjaan dan diinterview. 

 Semua menjadi lebih mudah. Pada hari interview tu kan.. ak x dtg seorg. Ak datang dengan dua org lg kawan ak.

Alhamdulillah, interview punya interview.. Nasib x susah. tanggal 18 hb Jun, sah la ak dan kawan2 ak menjadi guru tadika kat Little Caliphs GMI. uhh.. bukan calang2 tadika kot. :)

Alhamdulillah juga, ak boleh adapt dengan budak2 4 years old smpai 6 years old. yela.. dah biase ngan anak sedare, cenggitu la. Ak pun suka ngn budak2 kan. So, its come easy for me. Alhamdullillah.

apa yang menarik nya ttg tadika Little Caliphs ni kan, tadika ni bukan sebarang tadika. Ia berkonsepkan Islamic. Creative. English Kindergarten. Private punye. Founder little caliphs ni pun bulan calang2 org. Penerajunya terdiri daripada orang yang hebat2.

For little caliphs, they can read and solat by 4. Amazing x.. Terflashback zaman kanak2 aku. Haha.. x la sehebat gitu. 

pagi2 student akan ade reading. Utk Little Caliphs, mereka ada target reading masing2. Mereka perlu menghabiskan buku BM, Jawi, English, Iqra-al-Quran. nak dijadikan cerita, kelas Pra-Tahfiz juga ada kat tadika ni. *kelas ak la tuh. :P

Lepas reading, mereka akan solat Dhuha, Solat Zuhur, Solat Asar, Praktikal Solat subuh n Maghrib. Amazing kan. Mereka jadi imam, mereka menjadi makmum. Utk student yg boleh solat good, dpt sticker sbg penghargaan. bg mereka.. Sticker adalah sesuatu yg bernilai dan boleh dibanggakan. Bayangkan la bila dapat sticker besar tu, hamboiii.. tampal kat baju kmainnnnn.. jalan2.. pastu ckp, teacher2, sy dpt sticker, sebb sy solat good. aha.. kdg2.. terhibur dengan perangai student2 ni. 

terdapat banyakkkk sangat integration Islamic dalam setiap perkara yg mereka lakukan. Serba sedikit, boleh mengajar aku jugak. honestly, banyak benda yg ak boleh belajar kt Tadika ni. 

N Now, Hampir nak due bulan da aku kerja kt cni. Alhamdulillah. Masih bertahan. sikap majikan n kawan sekerja yg good n menyenangkan, menjadikan ak selesa kerja kt cni.
InsyaAllah.

Ok.sekian, 

- Teacher jija.  



 

bila tiada.. terasa ada.


Assalamualaikum..

kalau jarang update.. mcm ni la kan. besawang merata2 tempat. banyak bnde sebenarnya yang nak dkongsi kan.. tp x terungkap dengan kata2 yang panjang berjela. Mungkin da some word yg lebih natural datang dr fikiran aku sekarang. 


............................................

5 hari lagi, genap sebulan arwah ayah meninggalkan kami. x sedar kan. masa berlalu dengan cepat. Kesian bucu. x sempat nak berkongsi kegembiraan kejayaannya utk meneruskan pelajaran pas SPM dengan arwah ayah. kalau dulu.. setiap berita disambut dgn air mata kegembiran arwah. x kesah la psl apa..  

suatu ketika dulu, kalau dengar je kakak/abg nak balik kg.. linangan air mata kegembiraan n kerinduan membasahi pipi arwah. Kesian arwah.. lompat riang, riuh rendah cucu2  arwah menjadi penawar duka arwah... 

********************************************************


teringat masa mlm tu, kakak bgtaw.. ayah masuk hospital. tekanan darah mulai turun. Tambahan pula, ayah asma. anak mana yg x risau kan. lagi2 jauh menyeberang lautan. 

esok harinya, keadaan ayah belum stabil. hati x tenang. Semua bnde jadi x betul. risau... andai kata terjadi apa2 kt ayah. dengan pertolongan sahabat, ak boleh dptkan tiket kt airport utk balek jenguk ayah. 

tapi..

aku x sempat bercakap dgn ayah buat kali yg terakhir. sebaik shja boarding time, ak terima panggilan dr kakak.

kakak cakap.. " ayah dah xda"- Aku nak ckp ng ayah..- ayah xda.. 

Ya Allah, di mana kekuatan ak pada masa tu ya Allah. Terasa mcm ak nak menangis semahu-mahunya. Aku x sempat berada di sisi ayah semasa akhir hayatnya. ujian utk aku lagi pada ketika itu..Jam  bru menunjukkan pukul 1 tghari. Ya Allah, jauhnya perjalanan anak ini ..

buat kali kedua, ak menghubungi kembali kakak di kg. Ak nak ckp ng ayah. Ak nak ckp ng Ayah. kakak menenangkan ak.. kakak ckp.. ayah dah takda utk selamanya... kita dah xda ayahhhh..!! Ya Allah~

betapa lemahnya semangat ak pd ms tu!!

smpai di rumah sekitar selepas maghrib,  ak hanya dpt melihat jenazah ayah di ruang tamu.  ayah da ditutup dengan kain. Allah.. kami da berpisah dengan ayah drpd dunia ini.

keesokkan harinya, jenazah ayah selamat dikebumikan di sebelah kubur arwah mak. Apa yg kami dpt lakukan, doa yg x putus utk ayah dan mak di sana. 

-Al-Fatihah-

****************************************************


 beberapa hari sebelum tu aku eksited nak balek. nak balik mgundi la katakan. *al-maklum.. tiket sponsored. so.. amek la peluang blik kg. sambil menyelam minum air.. boleh la jumpa org2 yg di syg kt kg. ckp la kat ayah.. nnti ak g jumpa ayah.

masa koling ng ayah tu.. ayah salu tanya.. bila balek.  ayah sering bertanya soalan yg sama ms koling tu. biasala, org tua kan. takpa.. kita layankan. bila tanya, ayah sehat x.. ayah salu ckp.. dye sakit kaki. 

bg anak2 ayah, ayah adalah raja.  bg ap yg ayah nak. ayah nak tilam, abg belikan. ayah nak mkn tu.. kakak masakkan.. bila ayah request urut kaki, cucu dtg urutkan. Ya Allah.. rindunya pd ayah.

***************************************

mungkin ak x puas menjaga arwah. x sempat nak melayan arwah di hadapan mata sepenuh masa. x sempat nak berkongsi kejayaan dengan segulung ijazah.... hanya doa yg mengiringi ayah.

lebih kurang 4 tahun pemergian arwah mak, sudah tiba masanya, arwah ayah meninggalkan kami adik-beradik. 




Ya Allah, Ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sewaktu kecil. tempatkan mereka dlm klgn org yg beriman. 



. arwah ayah.



separuh drpd cucu-cucu ayah.


 utk arwah kedua ibu bapa kami..

~doa kami mengiringi  mereka~


^______________^

sekian.

K.U.C.I.N.G

                                                                        SALAM SEMUA :)

WEEKEND da habis kan?? hehe. alorrhh.. siannn. sy still weekend lagi ;p paper hari khamis bru muncul :)) pastu jumaat.. then habisss.. p paper habis, sy still x leh balik lagi.. aeroplane x jemput g, still on the way. OOhh myy. ! I can't wait for that moment.. Btw, korang ske kucing x?? Nak share la sal makhluk ciptaan Allah yg sangat comel ni. Subhanallah.. jumm tgok sat :)



KUCING YG TERSANGAT CUMILLL ! 


Hang tau kenapa hang aku mara?


Si comel main panjat-panjat pokok


Potret keluarga yang sangat bahagia!


Geli-geli la. Hahahahaha


Comel tak saye??


Yang ini serious comel! waaaaaa


I bawa satu bunga untuk awek I lah


Charle dan delta, you all tunggu. I gi spy dulu!

Ayah Yang Terhebat :')







Ayah..

Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang kamu perlukan…. .
Ayah membelikanmu lolipop yang kamu inginkan, dan dia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka…..
Ayah menghentikan apa sahaja yang sedang di kerjakannya, walaupun kamu hanya ingin berbual…
Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran mu setiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya…


Ayah akan berkata “tanyakan pada ibumu” ketika dia ingin berkata “tidak”.
Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anaknya menginap di rumah rakan tanpa izin
Perasaan terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu seperti gaya caranya….
Ayah lebih bangga melihat prestasi mu, daripada prestasinya sendiri….
Ayah hanya akan bersalam dengan mu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana kalau dia memeluk mu, mungkin dia tidak akan pernah dapat melepaskannya.



Ayah tidak suka menitiskan air mata ….

ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air dari matanya. Ketika kamu masih kecil, dia akan memelukmu untuk mengusir rasa takut mu…ketika kau mimpi akan dibunuh hantu…

Tetapi, ayah akan tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anak kesayangannya diperantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.

Kalau tidak salah ayah pernah berkata : “kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati mu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”

Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: “jadilah lebih kuat dan tabah daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu”

Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan: “jangan kecewa meskipun kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”

Ayah dapat membuat mu percaya diri… kerana dia percaya kepada mu… 
Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik…. 
Dan terpenting adalah… Ayah tidak pernah menghalang mu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana dia pun mencintaimu kerana cintaNya.

My Campus life 2011/2012

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600, BANGI.
SELANGOR DARUL EHSAN


Aku memang admire UKM ni since primary school. Aku memang target nak cni la. ALHAMDULILLAH.. Dengan berkat usaha dan sokongan yg diberikan, aku dapat dak la bergelar Mahasiswa UKM . x sangka kan. In addition, Aku Bergelar KAJAIAN. waa. aku sayang kat kolej ni.. budak2 semua bagus2 n friendly2 belaka. :)

Kat cni, aku jumpa macam2 kawan.. mcm2 perangai. ye la.. setiap org de perangai masing2. orang cakap, kalo ada 10 org kat satu bilik tu, 10 perangai la yg kite kene amek tahu. kan2? Setiap apa yang baik tu, kite amek, yg buruk tu, kite tgok je la eh.. :) kite kwn dengan orang, p bukan dgn perangai mereka :)

Kat cni, ada geng2 kapak ku dr sekolah .. aku sayangggggggg sangat2 kat dorg. Dorang ibarat family aku kat cniiii! Bila aku rindu kat keluarga aku, dorang je la tempat aku menumpang kasih. Seorang macam kakak, seorang macam abang, seorang g macam adik. *UNTUK MEREKA YG BERKENAAN YG SEDANG MEMBACA POST NI, AMEK LA TITLE MASING2 YER :)))) sAYANGGGG KORANG LEBIH2 :')

sekarang ni pun, aku sedang meghabiskan sisa2 STUDY WEEK yg nak habis da. 3 jan ni exam da.. Ya ALLAH, aku x sangka, masa tu sgt cepat berlalu eh. betul x semua? mana x nya, rasa mcam baru je. *AYAT NI SEMUA ORG SELALU GUNA ;p hihihi

*But, its true. Not Fake. haha 

untuk semester ni, macam2 cabaran aku. yg penting, aku sem ni sangat letih. Nasib kuat lagi taw ! haha :D tape, kite belajar utk ikhlas... :)

okela.. kepada sesiapa sj yg nak exam kan, buat tol2. kalau nak dapatkan sesuatu yg kita x pernah dapat, buat lah sesuatu yg kita x pernah buat ! haha. Nasihat org lebih aku ni. buat sendiri x. HAdoyaii !!

Okela.. this is my first entry for 2012. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA. :) 8 tahun baru ni, xyah semua baru pon. :p

oke.. GUD LUCK EXAM EH.. UTK DIRI SENDIRI, UTK GENG2 KAPAK KU.. KOSMATE KU.. KAJAIAN KU. N SAPA2 JE LAA EH. :p

OK.. SALAM  (^______^)

                                                   






HEHE. NILA DORANG NI. KAKAK. ABANG N ADIK ! :D KALO ATOK, LEH GAK. HAHA